Banjir besar di Pahang pada 1971

AKHBAR Utusan Malaysia bertarikh 19 Januari 1971 memaparkan tajuk “Tiga cara untuk elak kerugian besar –Nasihat Sultan Pahang kepada rakyat”.

Ekoran banjir besar yang melanda sehingga negara diisytiharkan darurat banjir pada 5 Januari 1971, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar (1904-1974) memberi nasihat tentang cara mengelak berlakunya kerugian yang besar, iaitu:

Pertama: Jangan dirikan tempat-tempat kediaman di kawasan rendah.

Kedua: Sentiasa beringat dan bersedia dengan sampan serta perahu bagi menyelamatkan diri pada masa banjir.

Ketiga: Rakyat terutama para petani mestilah mengikut masa bertanam yang ditetapkan kerajaan dan tidak cuba melambat-lambatkan tempoh itu.

Menurut Baginda “Nampaknya sekarang rakyat telah menjadi lalai sedikit sehingga lupa bahawa banjir besar yang berlaku baru-baru ini pernah berlaku di negeri ini pada tahun 1926”.

The post Banjir besar di Pahang pada 1971 appeared first on Utusan Digital.