Misi mustahil Kisona

KUALA LUMPUR: Perseorangan wanita negara, S. Kisona bakal berdepan misi mustahil untuk melaykkan diri ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand apabila dijadual berdepan juara dunia 2019, P.V Sindhu esok.

Pemain berusia 22 tahun itu mengakui, laluannya di kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 1,000 itu bukan mudah kerana ia merupakan kali pertama dia beraksi di pentas besar seperti itu.

“Memang benar laluan saya di Terbuka Thailand bukan mudah kerana semua pemain bertaraf dunia.

“Kalau diikutkan, kualiti saya dengan Sindhu memang sangat jauh tetapi tidak bermakna saya tidak boleh berikan saingan esok,” katanya.

Pemain kelahiran Seremban itu melepasi pusingan awal selepas menewaskan pemain Mesir, Doha Hany 21-10, 21-7 dan pencapaian itu hadir selepas dia tewas seawal pusingan pertama minggu lalu kepada pemenang dua pingat emas Sukan Komanwel dari India, Saina Nehwal

The post Misi mustahil Kisona appeared first on Utusan Digital.