Lantikan tetap lebih ramai pegawai perubatan

PETALING JAYA – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta kerajaan untuk melantik lebih ramai pegawai perubatan secara tetap bagi memastikan tenaga kerja mencukupi dalam menentang Covid-19.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Subramaniam Muniandy berkata, keadaan itu berikutan kekurangan tenaga kerja dengan banyak doktor terpaksa dipanggil berbanding sebelum ini.

“Baki pegawai perubatan yang tidak diberi jawatan tetap pula perlu ditawarkan kontrak lanjutan sekurangnya setahun bagi membolehkan mereka berkhidmat lebih baik.

“MMA mengharapkan kerajaan dapat memberikan perincian segera mengenai tambahan 3,500 pegawai perubatan di bawah inisiatif PERMAI sama ada ia merujuk kepada jawatan tetap atau kontrak,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE

The post Lantikan tetap lebih ramai pegawai perubatan appeared first on Kosmo Digital.