Lambang ‘Konohagaruke’ pada kad pengenalan

JAKARTA: Seorang remaja lelaki dari Lamongan, Jawa Timur menjadi ‘terkenal’ selepas tanda tangan yang dibuat pada kad pengenalannya tular dalam media sosial.

Hal ini kerana, Syaiful Bahri, 17, membuat tanda tangan seperti lambang Konohagaruke dalam siri anime Naruto.

Ketua Pejabat Populasi dan Pendaftaran Sivil Lamongan, Sugeng Widodo berkata, proses pengeluaran kad pengenalan Syaiful dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ditanya mengenai tanda tangan Syaiful yang berbentuk seperti lambang Naruto, Sugeng menjelaskan tiada masalah dengan perkara tersebut.

“Terpulang kepada pemegang kad pengenalan untuk membuat tanda tangan yang bagaimana, sama ada garisan lurus, bentuk bulat, semua boleh.

“Pemegang kad perlu bertanggungjawab atas setiap tanda yang dibuat dalam kad pengenalan mereka,” katanya kepada Kompas.com.

Sementara itu, Syaiful memberitahu dia sudah menggunakan lambang tersebut sejak dari bangku sekolah, termasuk ketika menjalani peperiksaan.

The post Lambang ‘Konohagaruke’ pada kad pengenalan appeared first on Utusan Digital.