Kes positif melepasi 4,000 kali kedua

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 4,000 kes untuk kali kedua iaitu 4,008 kes sejak wabak terbabit direkodkan di negara ini di mana kali pertama pada 16 Januari lalu, iaitu 4,029 kes.

Ia menjadikan kes positif negara sebanyak 169,379 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 41,087 kes.

Terdapat 246 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), di mana 96 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 11 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 1,391 kes diikuti Kuala Lumpur, 513 kes; Johor, 470 kes; Sabah, 406 kes; Sarawak, 203 kes; Negeri Sembilan, 176 kes; Perak, 170 kes; Kedah, 142 kes; Melaka, 132 kes; Pulau Pinang, 124 kes dan Kelantan, 121 kes.

“Baki negeri lain pula mencatatkan dua angka iaitu Terengganu, 81 kes; Pahang, 52 kes; Putrajaya, 23 kes manakala Perlis, tiga kes dan Labuan, satu kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 2,374 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 127,662 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post Kes positif melepasi 4,000 kali kedua appeared first on Utusan Digital.