Kapasiti pusat kuarantin Covid-19 di HTF kini 79 peratus

KANGAR – Kapasiti pusat rawatan dan kuarantin bagi pesakit Covid-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini telah mencapai 79 peratus pada ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, walau bagaimanapun, negeri ini mampu lagi menampung jumlah pesakit tersebut kerana kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar pada tahap 26 peratus.

Katanya, jumlah kes jangkitan tempatan harian dijangka menurun berdasarkan trend yang dilihat kelmarin iaitu hanya tiga kes positid daripada 233 sampel diuji.

“Buat masa ini, kita mempunyai baki 165 lagi sampel yang menunggu keputusan dan dijangka kes positif akan kurang berbanding pada 14 hingga 17 Januari lalu.

“Ini juga mengambil kira sudah tiada lagi orang luar yang datang ke negeri ini setelah rentas negeri dilarang,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini. – K! ONLINE

The post Kapasiti pusat kuarantin Covid-19 di HTF kini 79 peratus appeared first on Kosmo Digital.