Chelsea pasang impian besar

ONDON – Chelsea dilaporkan sudah bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi mendapatkan ­khidmat penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland pada musim panas ini termasuk memecahkan rekod perpindahan dunia.

Haaland yang meledak 19 gol dalam 17 perlawanan musim ini memiliki klausa pelepasan kontrak bernilai £66.6 juta (RM367.06 juta) yang bakal aktif pada 2022.

Pemain dari Norway berusia 20 tahun itu berjaya menarik perhatian beberapa pasukan besar Eropah seperti Real Madrid, Manchester United dan Manchester City.

Chelsea dikatakan enggan menunggu sehingga musim 2022 tetapi mereka akan memulakan langkah pada jendela perpindahan Julai nanti untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan walaupun terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi.

The Blues percaya pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar buat kelab-kelab di seluruh Eropah membuka peluang untuk mereka mengemukakan tawaran yang tidak mampu ditolak oleh Dortmund.

Bagaimanapun, halangan terbesar Chelsea ketika ini adalah rundingan bersama ejen ­Haaland, Mino Riola yang tidak mempunyai hubungan baik.

Chelsea sebelum ini cukup marah dengan Riola setelah gagal mendapatkan khidmat Romelu Lukaku pada 2017 lalu yang memilih untuk ke Manchester Uni­ted. – AGENSI

The post Chelsea pasang impian besar appeared first on Kosmo Digital.