Kakitangan MDT positif Covid-19

TAMPIN – Seorang kakitangan Majlis Daerah Tampin (MDT), dekat sini, disahkan positif Covid-19.

Difahamkan kakitangan lelaki berkenaan menetap di Seremban.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin, Suhaiza Sharudin, kira-kira pukul 11 pagi tadi, dia mendapat maklumat seorang pegawai MDR positif Covid-19 dan sedang menunggu ambulans di kediamannya untuk dibawa ke hospital.

“Sebagai tindakan awal, pejabat dan operasi MDT telah ditutup pada pukul 3 petang tadi. Malah, pihak bomba telah pun membuat sanitasi dalam kawasan pejabat dan tempat letak kenderaan pada pukul 3.45 petang.

“Selain itu, kesemua kakitangan yang berhubung rapat dengan pegawai berkenaan telah diarahkan bekerja di rumah untuk tempoh yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suhaiza turut menasihatkan kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan yang disahkan positif Covid-19 berkenaan untuk segera membuat ujian calitan tanpa menunggu panggilan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun menurutnya, operasi MDT tidak ditutup berikutab pegawai berkenaan hanya berada di dalam ruang pejabatnya sahaja memandangkan keadaan kesihatan beliau tidak megizinkan.-K!ONLINE

The post Kakitangan MDT positif Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.