Jalan Persiaran Mahogani dibuka secara bersyarat

PETALING JAYA- Polis Petaling Jaya akan membuka jalan tutup di Jalan Persiaran Mahogani, Kota Damansara, di sini secara berjadual, bersyarat dan terhad berikutan pembukaan sesi persekolahan bermula esok bagi pelajar tingkatan lima yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pelepasan itu ditetapkan setiap Isnin sehingga Jumaat dengan sesi pagi dan petang. Sesi pagi bermula pukul 6.30 pagi hingga pukul 7.30 pagi manakala sesi petang bermula pukul2.30 petang hingga pukul 3.30 petang.

“Kelepasan dibenarkan seorang penjaga bersama pelajar beruniform dan menggunakan kenderaan persendirian, guru, kakitangan sekolah dan bas atau van sekolah membawa pelajar beruniform.

“Polis memberi amaran keras kepada orang ramai yang tidak layak agar tidak mengambil kesempatan untuk melepasi laluan ini dan jika ingkar, tindakan undang-undang akan diambil di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bas dan van sekolah perlu membawa surat kebenaran dari sekolah yang terlibat. -K! ONLINE

The post Jalan Persiaran Mahogani dibuka secara bersyarat appeared first on Kosmo Digital.