Halimah Sadique positif Covid-19

PUTRAJAYA: Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan semalam.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan berkata, susulan itu, beliau menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat Kementerian Kesihatan di Johor Bahru.

Sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan itu, menurutnya, beliau akan terus memantau dan memastikan segala urusan Kementerian berjalan lancar.

“Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post Halimah Sadique positif Covid-19 appeared first on Utusan Digital.