Empat hari guna lampin berbalut plastik

KUALA SELANGOR: “Kami guna plastik selama empat hari kerana tilam dibasahi air kencing anak dan tiada wang untuk membeli lampin pakai buang baru,” kata Mohd. Khalil Sallehuddin, 38.

Demikian keperitan ditempuh lelaki itu dan isterinya, Yeti Nasen, 41, di Kampung Bukit Belimbing di sini, yang terpaksa memohon bantuan bagi meringankan beban kehidupan mereka.

Kisah pasangan itu tular di media sosial sejak semalam berikutan keadaan bayi perempuan mereka, Aishah Naura Arumi berusia tiga bulan yang menggunakan plastik untuk membaluti lampin pakai buang dipakainya.

Jelas Mohd. Khalil, dia kehilangan sumber pendapatan sebagai tukang masak selepas kedai makan berdekatan rumahnya ditutup sejak tiga minggu lalu.

“Sejak itu, saya hanya bergantung kepada bekalan makanan yang ada termasuk makan mi segera dan nasi berlauk telur atau cendawan kering.

“Keadaan kami semakin teruk apabila lampin pakai buang anak hanya tinggal beberapa helai dan terpaksa guna plastik bagi elak kebocoran,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya, hari ini selepas menerima lawatan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.-K! ONLINE

The post Empat hari guna lampin berbalut plastik appeared first on Kosmo Digital.