Agong zahir harapan ‘frontliner’ kekal cekal

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar wira dan wirawati petugas barisan hadapan terus cekal dalam memerangi Covid-19.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Al-Sultan begitu memahami cabaran besar dihadapi petugas barisan hadapan ketika ini ekoran peningkatan kes secara mendadak.

“Al Sultan amat menyanjung tinggi pengorbanan dicurahkan mereka demi keselamatan rakyat dalam membendung Covid-19 dan merawat pesakit.

“Justeru, baginda menzahirkan harapan agar semangat kental dan juang yang tinggi dipamerkan petugas barisan hadapan sebagai benteng utama sejak bermulanya wabak turut dihargai seluruh rakyat jelata,” katanya di sini tadi.- K! ONLINE

The post Agong zahir harapan ‘frontliner’ kekal cekal appeared first on Kosmo Digital.