“Tak kecil hati tapi dia kurang bijak kot” – Nabil Mahir

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir tidak berkecil hati dengan komen individu yang menyuruh isterinya, Ayda Jebat bercerai dengannya dan berkahwin dengan Zul Ariffin.

Bagaimanapun Nabil, 33, menyifatkan individu tersebut sebagai kurang bijak kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk dek akal sama sekali apatah lagi melibatkan urusan hidup dan jodoh orang lain.

“Tidak berkecil hati pun cuma rasanya dia itu kurang bijak.

“Saya sendiri telah menjawab kenyataannya dan menyuruh dia sendiri berkahwin dengan pelakon lelaki itu. Saya tak mahu layan negativiti,” katanya.

Nabil berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas paparan mesej oleh netizen menggunakan nama @amir_akrhonian itu dikongsikan Ayda menerusi InstaStory miliknya semalam.

“Ceraikan jelah suami awak tu. Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu tersebut.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia tidak mahu memberi sebarang komen berhubung tindakan individu tersebut.

“Tak perlu saya bagi komen. Cukup suami saya memberikan kenyataan,” katanya. – UTUSAN

The post “Tak kecil hati tapi dia kurang bijak kot” – Nabil Mahir appeared first on Utusan Digital.