Harga petrol naik 5 sen, RON95 RM1.89 sen, RON97 RM2.19 sen

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 5 sen pada harga RM1.89 seliter dan RM2.19 seliter bagi tempoh esok sehingga 22 Januari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, harga kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini masing-masing RM1.84 dan RM2.14

Jelasnya, harga runcit diesel bagaimanapun naik tiga sen kepada RM2.05 berbanding RM2.02 seliter sebelum ini.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post Harga petrol naik 5 sen, RON95 RM1.89 sen, RON97 RM2.19 sen appeared first on Utusan Digital.