Covid-19: Solat hajat serentak di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Terengganu menganjurkan solat hajat serentak di seluruh negeri selepas solat Jumaat, hari ini bagi memohon kesejahteraan daripada musibah pandemik Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd. Nor Hamzah berkata, penganjuran solat hajat itu adalah antara usaha memohon pertolongan Allah SWT agar pandemik tersebut dapat dibendung segera.

“Firman Allah SWT, wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan bersolat.

“Umat Islam diminta terus bermunajat dan menyerahkan kebergantungan kepada Allah menerusi istighfar dan bertaubat di samping menunaikan solat hajat dan berpuasa sunat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

The post Covid-19: Solat hajat serentak di Terengganu appeared first on Utusan Digital.