Angka korban gempa Sulawesi Barat meningat 34 orang

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 34 orang terkorban dan ratusan lain cedera selepas gempa bumi sekuat 6.2 skala Richter melanda Sulawesi Barat, awal pagi ini.  

Seramai 2,000 penduduk berpindah ke tempat yang lebih selamat selepas beberapa bangunan dilaporkan musnah dan rebah ke bumi.  

Ketua Agensi Pencegahan Bencana (BNBP) Sulawesi, Ali Rahman mengesahkan jumlah korban itu dan tidak menolak angka korban akan terus meningkat dalam waktu terdekat. 

“Maklumat terkini yang kami peroleh seramai 26 orang maut dan semuanya di bandar Mamuju. 

“Angka itu boleh bertambah tetapi kami berharap ia tidak berlaku. Ramai yang mati tertimbus di bawah runtuhan bangunan” katanya.  

Terdahulu, maklumat dalaman daripada BNPB menunjukkan seramai empat orang mati dan 637 yang lain mengalami kecederaan di Majene, sementara tiga kematian lain berlaku dan 24 cedera di Mamuju, ibu negara wilayah Sulawesi Barat. 

The post Angka korban gempa Sulawesi Barat meningat 34 orang appeared first on Utusan Digital.