Tiada pihak ketiga dilantik urus Rekalibrasi PATI

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakan pihak ketiga atau ejen bagi menguruskan pendaftaran program Pelan Rekalibrasi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat cubaan oleh pihak tidak bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan pendaftaran program berkenaan dengan bayaran tertentu.

“Jabatan ini tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan pendaftaran ProgramRekalibrasi ini.

“Justeru, kita nasihatkan orang ramai tidak berurusan dengan ejen atau pihak ketiga bagi pendaftaran program berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, majikan yang ingin mendaftarkan pekerja mereka boleh dibuat secara terus di laman web www.imi.gov.my .

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung program ini boleh membuat pertanyaan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) yang boleh dicapai di pautan http://eapp.imi.gov.my/spo,” katanya.-K! ONLINE

The post Tiada pihak ketiga dilantik urus Rekalibrasi PATI appeared first on Kosmo Digital.