Remaja 16 tahun mengaku salah khianat penapis air rumah jiran

AMPANG – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan mematahkan saluran penapis air rumah milik jirannya minggu lalu.

Tertuduh yang sudah tidak bersekolah itu membuat pengakuan bersalah tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Berikutan tertuduh merupakan pesalah juvana mahkamah menetapkan 24 Mac ini bagi pendengaran laporan akhlak dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan khianat ke atas penapis air jenis Skywater Treatment milik seorang lelaki yang merupakan jirannya dengan menolak saluran paip sehingga patah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Pandan Jaya di sini pukul 8.40 malam pada 10 Januari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.K!ONLINE

The post Remaja 16 tahun mengaku salah khianat penapis air rumah jiran appeared first on Kosmo Digital.