Pulau Pinang tutup taman rimba, taman negeri

GEORGE TOWN – Taman rimba dan taman negeri di seluruh negeri ini ditutup kepada orang awam bermula 13 hingga 26 Januari ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, taman rimba dan negeri yang terlibat adalah Taman Rimba Teluk Bahang, Taman Rimba Bukit Mertajam, Taman Negeri Bukit Panchor dan Hutan Pelajaran Air Itam Dalam.

“Jabatan Perhutanan Negeri telah menutup taman-taman ini bermula Rabu lalu dan adalah penting untuk semua pihak mematuhi perkara ini.

“Sepertimana prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semua aktiviti sukan dan riadah tidak dibenarkan, kecuali berjogging dan berbasikal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

The post Pulau Pinang tutup taman rimba, taman negeri appeared first on Kosmo Digital.