Perkhidmatan kereta api Kota Kinabalu – Beaufort dihentikan sementara

KOTA KINABALU – Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) memaklumkan perkhidmatan kereta api di Sabah bagi laluan Kota Kinabalu – Beaufort dihentikan buat sementara waktu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Jurucakap JKNS berkata, pemberhentian operasi sementara terbabit berkuatkuasa hari ini sehingga 26 Januari depan.

Katanya, ia sejajar dengan larangan rentas daerah yang dikuatkuasakan mulai semalam berikutan laluan perkhidmatan kereta api merentasi daerah Kota Kinabalu, Putatan, Papar dan Beaufort.

“Bagaimanapun, perkhidmatan kereta api antara daerah Beaufort dan Tenom masih beroperasi seperti biasa.

“Dua perkhidmatan yang masih beroperasi iaitu laluan Beaufort – Halogilat dan Tenom – Rayoh pada 7.50 pagi dan 1.30 tengah hari serta 7.30 pagi dan 1 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan hari ini.-K! ONLINE

The post Perkhidmatan kereta api Kota Kinabalu – Beaufort dihentikan sementara appeared first on Kosmo Digital.