Muatan plastik mampat bertaburan di lebuh raya

REMBAU – Muatan plastik mampat bertaburan di lebuh raya apabila lori membawa muatan berkenaan terbabit dalam kemalangan di kilometer 223.4, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, lorong kanan terhalang, namun trafik dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi itu masih dalam keadaan terkawal.

Menurut sumber polis, dalam kejadian berkenaan, tiada kecederaan serius dialami pemandu lori susulan lori berkenaan terbalik.

“Pemandu lori muatan tiga tan berusia awal 20an dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar barangan berkenaan dari Melaka ke Port Klang.

“Kerja-kerja pembersihan giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.-K! ONLINE

The post Muatan plastik mampat bertaburan di lebuh raya appeared first on Kosmo Digital.