Juruteknik kilang komen jelik anggota polis ditahan

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang lelaki memuat naik komen jelik terhadap seorang anggota polis yang maut dalam kemalangan ketika mengejar penjenayah pada Jumaat lalu membawa padah apabila dia ditahan polis pada semalam.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di Jalan Badlishah di sini kira-kira pukul 3 petang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi Jumaat lalu, anggota polis, Koperal K. Mahadir Elis, 38, maut dilanggar sebuah motosikal ketika sedang mengejar suspek kes pecah premis berhampiran lampu isyarat di Jalan Sungai Petani – Tikam Batu di Padang Temusu di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik kilang dan berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang itu didakwa membuat komen tersebut di akaun Facebook miliknya menggunakan nama Faizal Achikz – K! ONLINE

The post Juruteknik kilang komen jelik anggota polis ditahan appeared first on Kosmo Digital.